Tuesday, November 22, 2011

Chocolate Cake Paling Sedap Penah Den Rasa


Hehe... Tima kaceh pada Yaya, Penny dan Abelong yang sudi membuat kek cokolat yang sedap ini untuk saya.. Terharu saya.. Wat penuh kasih sayang nih! Anyway thanx a lot.. Love u guys! Muah3!!


Saturday, May 14, 2011

Tanpamu - Sabhi Saddi & Helena (Nur Kasih Movie)

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Kernamu ku ada di sini
Tetap bersamaku
Selalu disampingku
Untuk selamanya
Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu


***for someone special in my life... tanpamu, my life would be lifeless and hopeless.. =)***

Friday, March 4, 2011

I miss Rizqi...







Windu giler at this little tot... Bila maklam bole jumpa Rizqi ni.. Few vidz keletah Rizqi yang sedang membesar... Hug and kisses from maklam yang jauh ni haaa... Isk! Isk! Isk!

Tuesday, February 22, 2011

Jalan - jalan carik pasal

Alkisah... pics masa makan kat Tanjung Gila ahad lepas... Sedap... Nak pi lagi...


SEBELUM MAKAN
Chinese tea yeee... Elok untuk kesihatan..
 
 Baby squid goreng dengan honey.. Rangup dan hingga menjilat jari kaki... Huhu!!
 Kailan masak garlic.. Simple but delicioso!!! Muah!!
 Ini dia kotam masak bercili.. Memang sodap...
Menu utama... ikan merah masak stim.. Memang stim makan.. Meleleh air lioq boy... =p


SEMASA MAKAN

Time ni, masya-Allah... Boy memang nampak kebulur giler... Tak pandang kanan kiri pon!

 

 
 Boy jadi mangsa tolong kupaskan ketam.. Hahaha!!
 Datang dah antoo raya dia.. Huhu!!
Deyy.. Tulang pun mau makan ka??

SESUDAH MAKAN & KENYANG

Aku rasa takyah citer panjang lebar la.. Tengok je la gambar - gambar di bawah... Abes wa kata sama luu... Ingatkan tak abes makan tiga orang... Ni pun sebab boy yang banyak melantak.. Huhu!!! Anyway, thanks to Cik Pah for the lovely dinner and thanks to both Cik Pah & Boy for being a good companion that night. We have fun rite guys!!! Yan2, Abelong please take note wokeyyy... Pasni aku nak pi ngan korang plak... Kite enjoy mcm dulu2.. Hehehe...

Ni pinggan boy ye.. Pinggan kiteorang taklah menimbun mcm pinggan dia ni.. Hahaha!!


The End......

Saturday, February 12, 2011

Happy day! Happy day!!

Huhu!! I'm hepi2!! Lama dah ngidam benda alah ni.. Dulu kene curik dengan perampok yang tak makan saman.. Kali ni dapat juga beli penggantinya... Sukeh! Sukeh! Ehem!! Well, let me introduce you to my latest gadget... PSP Go (N1000).. Huhuu!!! Senyum sampai ke telinga den... Hehehehehehe... (Jangan layan pewoz ni.. Dia kalau dah dapat sesuatu yang dia suka, perangai dia pelik sket.. Jadi mcm giler meroyan..  =p)

Thursday, February 10, 2011

Rihanna feat Ne-Yo - Hate That I Love You

That's how much I love you
That's how much I need you
And I can't stand ya
Most everything you do make me wanna smile
Can I not like it for a while?

No, but you won't let me
You upset me, girl, and then you kiss my lips
All of a sudden I forget that I was upset
Can't remember what you did

But I hate it
You know exactly what to do
So that I can't stay mad at you
For too long, that'
s wrong


But, I hate it
You know exactly how to touch
So that I don?t wanna fuss and fight no more
Said, I despise that I adore you

And I hate how much I love you, boy
I can't stand how much I need you
And I hate how much I love you, boy
But I just can't let you go
And I hate that I love you so

And you completely know the power that you have
The only one that makes me laugh
Sad and it?s not fair how you take advantage of the fact
That I love you beyond the reason why
And it just ain't right

And I hate how much I love you, girl
I can't stand how much I need you
And I hate how much I love you, girl
But I just can't let you go
But I hate that I love you so

One of these days, maybe your magic won?t affect me
And your kiss won't make me weak
But no one in this world knows me the way you know me
So you'll probably always have a spell on me, yay

That's how much I love you
That's how much I need you
That's how much I love you
That's how much I need you
And I hate that I love you so

And I hate how much I love you, boy
I can't stand how much I need you
And I hate how much I love you, girl
But I just can't let you go
But I hate that I love you so
And I hate that I love you so, so



From: http://www.elyrics.net/read/r/rihanna-lyrics/hate-that-i-love-you-lyrics.html 

Thursday, January 20, 2011

oNCE iN tHE bLUEs mOOd...


Tengah godeh2 lappy, tengok gambar2 penuh history, masuk sana masuk sini, terjumpa balik first video yang aku buat. Not great ler, biasalah hasil pertama.. Itu pun atas jasa baik sifoo aku maka terhasillah video ni... Tengok video ni membuatkan aku rasa blues sesangat tak tentu pasal and rasa mcm sayu mayu pun ade. Anyway, I love this song so so so so much. Kena dengan mood aku sekarang... Enjoice! (Mcmlah ade orang tgk blog ko ye pewoz. Huhu!) Nothing beats the feeling listening to a sentimental song.. Peace no war! In love je bley ade war.. Huhu! Ape ko merepek ni setan! (jangan layan minah senget ni) ;p

Saturday, January 15, 2011

Amalan Cukur Jambul

An interesting article I found at 
http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg07187.html
For parents yang nak buat majlis aqiqah ke cukur jambul ke cukur rambut ke, elok la baca article ni untuk pengetahuan korang..
"Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu"
Jelas Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. Utusan Malaysia
11 September 2006

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena
menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.
Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul
sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi
Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai
berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang
beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap
anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih
untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi
nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa
Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang
dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada
hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut
diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. 

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada
cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh
diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur
rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan
disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya
disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama
hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi
menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada
hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai
Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. 

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan
sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau
buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke
lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya
disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut
sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut (cukur rambut bukan jambul) bayi
sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar
daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut
baru tumbuh dengan sihat. 

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur
rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan
upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang
telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah
mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke
dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas
bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama
berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah
bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila
terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan
kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul
adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh
masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa.
“Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah
relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata
beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan
syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa
hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan
setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut
turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian
dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain. 

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu
disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai
dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia
diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan. 

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan
kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan
majlis secara besar-besaran hingga menampakkan
unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi
kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah
ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya
ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu
kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan
masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur
jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan
yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan
kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah
perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan
kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang
Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan
masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara
ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan
Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika
itu menganut agama Hindu. 

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh
masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung
tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun
Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya
ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya,
menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang
berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian,
pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan
upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin
perempuan pada hari ini juga cenderung melukis
pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan
ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang
sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang
bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap
diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua
perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin
kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang
dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak,
tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara
khurafat dan bidaah 

sejak masih kecil,” tegas beliau.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi
dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut
beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang
berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung
tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan
potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan
penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air
sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan
rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di
dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur
akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa
tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama
sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai
memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut
diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian
menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak
dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh
kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat
mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga
boleh dilakukan pada hari yang lain.

Adat berendoi

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam
buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan
dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan
diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan
semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau
marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita.
Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini
serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur
rambut. ~THE END~
Gambar Rizqi before, during and after bercukur. Huhu!! Kawaaiiii!!!
Selingan:Adalah sorang hamba Allah ni, tak tahulah apa maksud dia mengutarakan statement seperti di bawah. Mungkin sangkaan aku aje.. Wallahualam...
Hamba Allah : Berapa bulan budak ni?
Pewoz : 2 bulan cik..
Hamba Allah : 2 bulan?? kenapa nampak mcm bukan 2 bulan?? Btul ke 2 bulan??
Pewoz : ???????
Tak selang brape saat, Rizqi menangis. Rimas agaknya...
Hamba Allah : Tengok tu.. Menangis pun macam budak dah dewasa...
Pewoz :(memandang makcik itu dengan perasaan nak berkata..what???) Apa problem makcik ni?? Nape nak sangat dia pertikaikan umur Rizqi?? Mungkin perasaan aku je kot...

Thursday, January 13, 2011

I'm going home today...

Can't wait to go home...
Eppy... Eppy... Eppy...
Can't wait to see Rizqi and Wawa...
Yay... Yay... Yay...
But berat ati nak tinggalkan someone...
Huhu...
But still, balik kampong!!! Ooo balik kampung...


p/s: Will sorely miss you.. =p

Kenapa kita menangis?

Aku selalu tertanya - tanya, kenapa manusia menangis? Ade beberapa reason yang terlintas di fikiran aku.. Antaranya:

Manusia menangis, kerana takut...
Takut ketika kena rompak...
Takut ketika telah membuat kesalahan...
Takut ketika nampak hantu... hehe...

Manusia menangis kerana sakit...
Sakit ketika terjatuh tersembam...
Sakit ketika kena injek...
Sakit ketika jari terpotong pisau... ouch...

Manusia menangis kerana gembira...
Gembira ketika berjaya dalam pelajaran...
Gembira ketika dapat anak...
Gembira ketika bahagia dalam percintaan... Bestkan?

Dan manusia menangis kerana sedih...
Sedih ketika kehilangan orang yang kita sayang...
Sedih ketika tengok citer hindustan...
Sedih ketika bergaduh dengan orang tersayang... 

Kesimpulannya, kenapa manusia menangis?
Aku cuma dapat pikir 4 faktor utama nilah...
Sebabnya? Aku pun tak tahu....
Yang aku tahu...
Kita hanya manusia biasa...
Makhluk Allah yang kerdil dan lemah...
Kita tak sesempurna mana...
Kita bisa menangis, ketawa, tersenyum dan bersedih...
Kita hanyalah manusia biasa...

p/s: Sorrylah kalau aku merepek2... Tengah mode berpikir bukan - bukan....